Saturday 21 September 2013

~ Rintihan Hati ~

Assalamualaikum sebagai permulaan bicara...



Di kala dirinya ku rindu,
hati ini menangis sayu,
meruntun jiwa yang pilu,
apakah yang telah berlaku..

Dia bukan milikku mahupun sesiapa di dunia ini,
Dia milik yang satu dia milik Ilahi,
namun bila ia melibatkan hati ini,
aku jadi lemah untuk kembali berdiri..

Ya Allah, bantulah hambamu ini,
mencari jalan yang-Kau redhai,
agar aku tabah menghadapi,
segala kemungkinan yang bakal terjadi..

Dia yang membuka pintu hatiku yang dulunya tertutup rapat,
perasaan yang ku jaga rapi dulu kini semakin kuat,
namun untuk dibuang jauh aku tahu ia sudah terlambat,
bagaimanakah kesudahannya dan apa yang harus aku buat..

Kata-kata dan tingkah lakunya sentiasa membahagiakan,
namun masih ada yang datang menjadi halangan,
membuat aku takut untuk pandang ke hadapan,
kerana pengalaman lalu banyak memberi pengajaran..

Ya Allah, permudahkanlah segalanya,
agar hambamu ini berasa tenang semula,
hanya pada-Mu ku meminta,
memohon petunjuk dari Yang Maha Esa..


Berdoalah pada-Nya jika ketenangan hati yang kau mahu. Dekatkanlah diri dengan-Nya jika keredhaan yang kau cari. Kerana Allah sentiasa ada bila saat kau memerlukan-Nya. Kembalilah kepada-Nya bila kau hilang punca, bila kau sesat di jalanan kehidupanmu, bila kau tidak tahu kemana arahmu.. Allah sentiasa menyambut salam taubat dari hamba-Nya...




Nota kecil: Kau yang kurindu tapi Dia yang ku cari.. Kerna Dia tahu apa yang terbaik untuk diriku.. Ya Allah, hanya pada-Mu tempat ku mengadu.. Sesungguhnya Kau lebih mengerti apa yang terbaik untukku...


Ikhlas dari hati,  
[MiszNanaBo0]


No comments: