Wednesday 30 September 2015

~ Bukan Kalian Tapi Aku ~

Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum semua.. Lama dah tak menjenguk ke sini.. Banyak sebenarnya benda yang jadi dalam diri.. Namun untuk meluahkan sangat berat.. Bagai tak mampu diucapkan dengan kata-kata.. Niat sebenar mewujudkan blog ini adalah untuk membicarakan rasa hati namun bukan mudah untuk menghasilkannya.. Walaupun secara penulisan, sukar benar jari-jariku ini untuk menaip segalanya..
Tetapi hari ini, terdetik di hati untuk meluahkan satu perkara.. Perkara yang sering membelenggu difikiran sejak akhir-akhir ini.. 

SAHABAT

Satu perkataan namun berat tanggungjawabnya. Sebagai seorang sahabat kita cuba menjadi yang terbaik untuk semua. Kita cuba untuk menjaga hati mereka walaupun kengkadang hati kita terguris sendirian.. Dari dulu aku suka bersahabat.. Meletak sepenuh harapan dalam persahabatan.. Namun tak semua boleh bertahan lama. Tak tahu dimana silapnya. Mereka mengkhianati diri ini. Bukan sekali diri ini mengalaminya malah hingga hati ini tidak mampu lagi untuk mempercayai nilai sesebuah persahabatan itu..
Kini apabila usia semakin meningkat, kepercayaan itu dipupuk sedikit demi sedikit.. Alhamdulillah, kerana dipertemukan dengan sahabat yang begitu memahami, begitu mengambil berat, begitu baik sehingga secara tak langsung mengubah diri ini ke arah yang lebih baik.. Namun perasaan bahagia itu meruntun jiwa ini.. Sedar akan kekurangan diri, aku menjadi pendiam.. Sedar kan kedudukan diri yang jauh ketinggalan, Aku cuba menjauhkan diri.. Cuba melihat mereka hanya dari jauh.. Bukan untuk memutuskan persahabatan itu cuma diri ini merasakan kelayakan untuk bersuara hilang.. 
Aku bukan sahabat yang baik.. Mereka sentiasa berhati-hati dalam berkata denganku.. Mereka sentiasa berfikirkan tentang keadaanku sebelum mereka membuat keputusan.. Mereka sanggup berkorban sedikit hanya untuk membantuku.. Tapi aku, apa yang mampu aku buat untuk mereka.. Bila berjumpa aku cuba segembira boleh.. Aku cuba membahagiakan mereka namun tak terbalas dengan apa yang mereka dah lakukan untuk diri yang hina ini.. Jadi jika ada perkara yang berlaku diantara mereka tanpa pemberitahuan kepadaku, aku redha.. Kerana siapa aku untuk cemburu, siapa aku untuk sentap kepada mereka, siapa aku untuk menegakkan hak aku sebagai sahabat.. Yang termampu hanya menyokong dan berdoa untuk kebahagiaan mereka..
Maafkan aku sahabat. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku sehingga kini.. Kalau diundurkan masa akan ku elakkan diri ini dari bersahabat denganmu kerana aku hanya seorang sahabat yang membebankanmu.. Maafkan aku sahabat..
Selagi diri ini bernyawa, takkan putus doaku buat kalian.. takkan putus ingatan ini kepada pengorbanan kalian.. Terima kasih wahai sahabat.. Terima kasih untuk segalanya.. 


nota kaki: Jika kalian sudah tak menganggap diri ini sebagai sahabat kalian.. aku redha.. Itu yang terbaik mungkin kerana aku hanya menyusahkan hidup kalian.. Jangan risau, aku takkan ada sedikit kemarahan pun kepada kalian kerana aku sedar itu semua terjadi di atas kekhilafan diriku sendiri.. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan kalian...




Ikhlas Dari,   
[MiszNanaBo0]