Wednesday 25 September 2013

~ Sahabatku kesayanganku ~

Assalamualaikum pembuka bicara...
Sahabat....
Tanpamu aku gusar untuk meniti hari-hariku,
Tanpamu aku menjadi seorang yg keliru,
Tanpamu aku jadi buntu dalam hidupku...  
Teman....
Kau mengajarku erti persahabatan,
Kau mengajarku erti kegembiraan dan kedukaan,
Kau mengajarku erti kesetiaan...  
 Kawan...
 Terima kasih atas tunjuk ajarmu,
 Menemaniku tanpa mengenal erti jemu,
 Sedia membantu tak kira waktu,
 Kaulah penyeri hidupku...

Sahabat yang sejati takkan pernah sekali meninggalkan dirimu ketika kau jatuh tersungkur.. malah dialah yg akan menghulurkan tangan membantu kita untuk bangkit semula.. sayangi dan hargailah sahabat, teman, kawan yang masih setia disisi tak kire senang ataupun susah... 



Nota kecil: terima kasih untuk segalanya kesayangan ku sekalian... semoga persahabatan yg terjalin kekal selamanya.... insyaAllah...

                                 




  Ikhlas dari hati,  

                                  [MiszNanaBo0]

Monday 23 September 2013

~ Aku dan Rindu ~

Assalamualaikum...

Tiga hari menanggung rindu,
akhirnya ku dengar suaramu,
hampir tak sedar masa berlalu,
sehingga kau meminta diri untuk beradu..

Gemersik suaramu begitu membahagiakan,
gelak ketawamu begitu mempesonakan,
membuat hatiku tidak keruan,
Aduh, aku jadi penasaran..

Ya Allah, lindungilah perasaanku ini dari keterlaluan,
kerna aku takut jadi berlebihan,
sedangkan kami tiada sebarang ikatan,
yang boleh menghalalkan segala perbuatan..

Ku berdoa agar hubungan ini akan berkekalan,
sehingga ke satu fasa yang berlainan,
janganlah ia hanya satu persinggahan,
yang hanya bakal mengundang kedukaan..

Namun kita hanya mampu merancang perjalanan,
Allah yang menentukan jodoh dan pertemuan,
Yakinlah pada segala ketentuan,
kerna terselit hikmah disesuatu kejadian...



Nota kecil: Rindu sudah terubat. Terima kasih untuk itu. Selamat Malam buatmu. Semoga mimpi yang indah-indah.. 



Ikhlas dari hati,  
[MiszNanaBo0]

Saturday 21 September 2013

~ Rintihan Hati ~

Assalamualaikum sebagai permulaan bicara...



Di kala dirinya ku rindu,
hati ini menangis sayu,
meruntun jiwa yang pilu,
apakah yang telah berlaku..

Dia bukan milikku mahupun sesiapa di dunia ini,
Dia milik yang satu dia milik Ilahi,
namun bila ia melibatkan hati ini,
aku jadi lemah untuk kembali berdiri..

Ya Allah, bantulah hambamu ini,
mencari jalan yang-Kau redhai,
agar aku tabah menghadapi,
segala kemungkinan yang bakal terjadi..

Dia yang membuka pintu hatiku yang dulunya tertutup rapat,
perasaan yang ku jaga rapi dulu kini semakin kuat,
namun untuk dibuang jauh aku tahu ia sudah terlambat,
bagaimanakah kesudahannya dan apa yang harus aku buat..

Kata-kata dan tingkah lakunya sentiasa membahagiakan,
namun masih ada yang datang menjadi halangan,
membuat aku takut untuk pandang ke hadapan,
kerana pengalaman lalu banyak memberi pengajaran..

Ya Allah, permudahkanlah segalanya,
agar hambamu ini berasa tenang semula,
hanya pada-Mu ku meminta,
memohon petunjuk dari Yang Maha Esa..


Berdoalah pada-Nya jika ketenangan hati yang kau mahu. Dekatkanlah diri dengan-Nya jika keredhaan yang kau cari. Kerana Allah sentiasa ada bila saat kau memerlukan-Nya. Kembalilah kepada-Nya bila kau hilang punca, bila kau sesat di jalanan kehidupanmu, bila kau tidak tahu kemana arahmu.. Allah sentiasa menyambut salam taubat dari hamba-Nya...




Nota kecil: Kau yang kurindu tapi Dia yang ku cari.. Kerna Dia tahu apa yang terbaik untuk diriku.. Ya Allah, hanya pada-Mu tempat ku mengadu.. Sesungguhnya Kau lebih mengerti apa yang terbaik untukku...


Ikhlas dari hati,  
[MiszNanaBo0]


Friday 20 September 2013

~ Jodoh itu Rahsia ALLAH ~

Assalamualaikum pembuka bicara....

Seluruh jiwa dan seluruh ragaku,
inginku persembahkan hanya buatmu,
namun cinta yang telah kita bina,
jangan sampai melangkaui rasa..

Biarlah kita pupuk rasa cinta yg ada ini,
hanya dengan sekadar cuma,
kerana cinta Allah dan cinta kekasih-Nya,
ialah cinta yang hakiki dan pasti..

Cinta kepada Rasul dan cinta kepada Tuhan,
Harus kita letakkan di barisan hadapan,
biar terus menjadi pedoman,
dalam meraih rahmat Tuhan..

Kita sandarkan rasa cinta pada iman dan taqwa,
yang telah kita semaikan dalam hati,
semoga cinta yang kita bina kekal selamanya,
mekar dan terus mewangi,
atas restu dan redha Ilahi..

Hasilan nukilan Hana Ilhami dalam novel 'Ya, Maulana'...

Coretan kisah cinta berlandaskan agama. Sungguh menyentuh jiwa dan sanubari si pembaca.. Memberi kesan yang mendalam... Salah satu puisi yang di ambil dari novel ini menceritakan tentang cinta kepada Ilahi..
Bercintalah di jalan yang diredhai... 



Nota kecil: Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku....tapi jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu....


Ikhlas dari hati,  
[MiszNanaBo0]