Tuesday 28 May 2019

~ Rahsia Hati ~

Pertama kali bersua dah tersangkut,
Cepat ditepis takut tersungkur,
Namun hati makin terpaut,
Membuai jiwa yang makin hanyut.....

Hati rindu bila tiada,
Berdebar pula bila di depan mata,
Terasa sesak menggila di dada,
Tatkala mata kita menyapa.......

Senyuman terhias dibibir sentiasa,
Tanpa paksaan terukir bersahaja,
Mungkin itu penangan cinta,
Bila berhadapan dengan orang yang kita suka......

Semakin hari semakin serasi,
Bergurau senda setiap hari,
Tidak kira pagi atau di malam nanti,
Bahagia dirasa empunya diri.......

Aku tahu kita hanya kawan,
Namun hati tak mampu melawan,
Dalam diam aku menahan,
Segala perasaan yang tersimpan......

Mungkin kau tahu atau mungkin juga kau tak tahu,
Tapi aku tidak akan memberitahu,
Biarlah ia menjadi rahsia hatiku,
Tersimpan selama mana aku mahu.......

Aku si pemuja rahsia,
Yang memuja mu setiap masa,
Tidak pernah sekali aku terlupa,
Kehadiran mu dalam ingatan dan jiwa.......


Nota kecil: Jika suatu hari nanti kita bersua kembali, Moga diwaktu itu adalah waktu kita, waktu untuk kau dan aku... Itu doaku..



Ikhlas dari hati,  
[MiszNanaBo0]