Monday 20 September 2010

~ Sebagai satu permulaan baru ~

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...

Suatu masa dulu kau kutatap berhari-hari lamanya,
tak kira waktu tak kira masa,
tanpa jemu walaupun kau tidak pernah berkata,
kau sentiasa diingatan tidak kira apa..

Tidak cukup satu kau ku duakan,
tanpa mengira hati dan perasaan,
namun akhirnya membawa kedukaan,
sehingga memaksa ku membuat satu keputusan..

Kini ku tinggalkan yang lain,
demi bersama mu mengejar kebahagiaan,
moga kita saling memerlukan,
biarlah masa dan keadaan yang menentukan,
satu pengakhiran yang membawa kepada satu pendamaian....

Apa yang terlintas difikiran ketika membaca puisi spontan diatas? 
Adakah ini satu kisah cinta tentang kesetiaan, kecurangan mahupun penderitaan si penulis?
Mungkin, semua itu mungkin tapi tahukah anda, kemungkinan apa yang anda gambarkan tidak sama apa yg si penulis cuba sampaikan.. 
Semuanya terletak pada diri si pembaca samada mahu membuat konklusi sendiri atau cube untuk menyelami lagi hati si penulis ini.... Dipersilakan....


Nota kecil:  Puisi diatas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.. harap maklum..



Ikhlas dari hati, 
[MiszNanaBo0]