Wednesday 1 August 2018

Assalamualaikum...

Lamanya tak singgah sini.. Dah tahun 2018. last haritu tahun 2016. Dalam 2 tahun macam2 dah berlaku. Kerajaan dah berubah, NanaBo0 sekarang dah tukar unit lain, dah travel ke Turki, Aceh.. dan yg penting sekali NanaBo0 akan memasuki 3 series tahun ni... oh no.. the big NO.. im become 30 this year. 

Wednesday 23 May 2018

~ Bisikan Hati ~

Tiap kali bunyi pesanan,
Tiap kali itu ada debaran,
Betulkah itu yang dinantikan,
Betulkah itu yang dimahukan,
Oh hati........

Setiap kali ku dengar,
Lagu-lagu yang dihantar,
Sering kali hatiku berdebar,
Bagai ada satu perasaan yang berlegar,
Oh hati.........

Setiap kali bertemu,
Senyuman diukir tanpa jemu,
Apa maksudnya itu,
Oh hati kau jangan keliru........

Tanda yang terlihat,
Mungkin bukan yang tersirat,
Mungkin juga satu muslihat,
Oh hati jangan kau terjerat.........

Kesetiaan yang kau cari,
Mungkin sementara yang diberi,
Kemesraan yang ditaburi,
Mungkin akhirnya menjadi duri.......

Selesa bukan suka,
Rapat bukan dipinta,
Menangis kerana terluka,
Kecewa kerana cinta.......




Nota kecil: Sekadar satu nukilan..... 



Ikhlas dari hati,  

[MiszNanaBo0]