Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Selamat berpuasa.
Maafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan.
Nota kaki: Puasa jangan tak puasa ye!
Ikhlas dari,
Bermula hanya dengan ajakan seorang kakak,Tercetusnya satu persekitaran baru buatku,Dengan kehadiran kenalan-kenalan baru,Yang datangnya dari seluruh pelusuk,Tanpa dikriminasi usia tua mahupun muda..Dari satu ajakan ke ajakan yang lain,Perkenalan berubah dari satu fasa ke fasa yang lebih mesra,Wujudnya telatah-telatah lucu serta gurauan senda bersama,Mencipta memori yang tak boleh dibeli dengan masa..Orang baru pemikiran juga baru,Memberi satu impak definasi yang berbeza,Yang baik diambil menjadi satu inspirasi,Yang kurang baik dijadikan sumber pengajaran..Pepatah ada mengatakan,Berkawan biar beribu,Bercinta biar satu,Dan bagiku,Satu itu hanya untuk yang Maha Esa..
Aku suka berada diduniaku sendiri,dunia ciptaanku dari dulu hingga kini,kerana tida sesiapa yang mampu mengganguku disini,kerana semua yg digambarkan mengikut kerelaan hati...Aku suka bermimpi, berkhayal dan berada di alam fantasiku,di situ hatiku indah tanpa sebarang derita yg tak perlu,meluahkan tanpa mengira waktu,aku bebas dengan tingka lakuku disitu...Aku tidak mahu bangkit dari semua ini,kerna aku tidak sanggup menghadapi realiti,realiti yg hanya tahu menyakiti,sekeping hati yg tulus dan suci...
Aku disini hanya sekadar ingin berkongsi tentang isi hatiku sendiri..Tak mahu melibatkan atau dilibatkan dengan sesiapa...Jika ia telah mengguris hati sesetengah pihak maafkan diri ini..Tiada terlintas sedikit pun di hati ini untuk melukakan hati seseorang..Apa yang terlakar terluah tertulis di sini hanyalah sebuah kisah yang berlaku dan hanya berlaku di dalam Dunia Misznanabo0...
Kita hanya akan hargai orang itu setelah dia sudah tiada dengan kita...
Ku sangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari...