Wednesday, 23 May 2018

~ Bisikan Hati ~

Tiap kali bunyi pesanan,
Tiap kali itu ada debaran,
Betulkah itu yang dinantikan,
Betulkah itu yang dimahukan,
Oh hati........

Setiap kali ku dengar,
Lagu-lagu yang dihantar,
Sering kali hatiku berdebar,
Bagai ada satu perasaan yang berlegar,
Oh hati.........

Setiap kali bertemu,
Senyuman diukir tanpa jemu,
Apa maksudnya itu,
Oh hati kau jangan keliru........

Tanda yang terlihat,
Mungkin bukan yang tersirat,
Mungkin juga satu muslihat,
Oh hati jangan kau terjerat.........

Kesetiaan yang kau cari,
Mungkin sementara yang diberi,
Kemesraan yang ditaburi,
Mungkin akhirnya menjadi duri.......

Selesa bukan suka,
Rapat bukan dipinta,
Menangis kerana terluka,
Kecewa kerana cinta.......




Nota kecil: Sekadar satu nukilan..... 



Ikhlas dari hati,  

[MiszNanaBo0]

Friday, 1 January 2016

~ Permulaan ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah di Tahun baru ni 2016 Misznanabo0 mendapat satu perkhabaran yang baik.. Misznanabo0 x lama lagi akan meninggalkan penanaman anggur Misznanabo0 yang tak berbuah2 lagi dari dua tahun yang lalu... Ini semua rezeki Allah.. Tak kisahlah jawatan apa, pangkat apa, gaji berapa yang penting keikhlasan kita dalam membuat sesuatu perkara.. Yakin dengan jalan yang Allah bagi, itulah yang terbaik untuk kita..

Jika doaku dimakbulkan Allah aku akan gembira sekali namun jika Allah tak mengkabulkn doaku, Aku gembira 10 kali ganda kerana yang pertama itu adalah pilihan ku sedangkan yang kedua itu adalah pilihan Allah untukku.. Kerana sesungguhnya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku... Dan aku bersyukur dengan segala yang Dia berikan padaku sama ada secara sedar mahupun tanpa aku sedari..

Kekadang kita tak nampak apa yang Allah dah sediakan untuk kita kerana terlalu mengharap dengan apa yang kita mahu.. Sesungguhnya pilihan Allah itu paling tepat..

Semoga perubahan baik ini akan datang satu  demi satu dalam hidupku.. In Shaa Allah..



p/s: Status kerjaya dah bertukar now Status diri pulak.. hehehe... Sabar na.. sabar...




Ikhlas dari,     
[MiszNanaBo0]

Tuesday, 8 December 2015

Assalamualaikum...

Tersandar aku di dinding kayu,
Melihat ke luar dengan sayu,
Otak kosong, beku dan tepu,
Namun hati menangis laju..


Wednesday, 30 September 2015

~ Bukan Kalian Tapi Aku ~

Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum semua.. Lama dah tak menjenguk ke sini.. Banyak sebenarnya benda yang jadi dalam diri.. Namun untuk meluahkan sangat berat.. Bagai tak mampu diucapkan dengan kata-kata.. Niat sebenar mewujudkan blog ini adalah untuk membicarakan rasa hati namun bukan mudah untuk menghasilkannya.. Walaupun secara penulisan, sukar benar jari-jariku ini untuk menaip segalanya..
Tetapi hari ini, terdetik di hati untuk meluahkan satu perkara.. Perkara yang sering membelenggu difikiran sejak akhir-akhir ini.. 

SAHABAT

Satu perkataan namun berat tanggungjawabnya. Sebagai seorang sahabat kita cuba menjadi yang terbaik untuk semua. Kita cuba untuk menjaga hati mereka walaupun kengkadang hati kita terguris sendirian.. Dari dulu aku suka bersahabat.. Meletak sepenuh harapan dalam persahabatan.. Namun tak semua boleh bertahan lama. Tak tahu dimana silapnya. Mereka mengkhianati diri ini. Bukan sekali diri ini mengalaminya malah hingga hati ini tidak mampu lagi untuk mempercayai nilai sesebuah persahabatan itu..
Kini apabila usia semakin meningkat, kepercayaan itu dipupuk sedikit demi sedikit.. Alhamdulillah, kerana dipertemukan dengan sahabat yang begitu memahami, begitu mengambil berat, begitu baik sehingga secara tak langsung mengubah diri ini ke arah yang lebih baik.. Namun perasaan bahagia itu meruntun jiwa ini.. Sedar akan kekurangan diri, aku menjadi pendiam.. Sedar kan kedudukan diri yang jauh ketinggalan, Aku cuba menjauhkan diri.. Cuba melihat mereka hanya dari jauh.. Bukan untuk memutuskan persahabatan itu cuma diri ini merasakan kelayakan untuk bersuara hilang.. 
Aku bukan sahabat yang baik.. Mereka sentiasa berhati-hati dalam berkata denganku.. Mereka sentiasa berfikirkan tentang keadaanku sebelum mereka membuat keputusan.. Mereka sanggup berkorban sedikit hanya untuk membantuku.. Tapi aku, apa yang mampu aku buat untuk mereka.. Bila berjumpa aku cuba segembira boleh.. Aku cuba membahagiakan mereka namun tak terbalas dengan apa yang mereka dah lakukan untuk diri yang hina ini.. Jadi jika ada perkara yang berlaku diantara mereka tanpa pemberitahuan kepadaku, aku redha.. Kerana siapa aku untuk cemburu, siapa aku untuk sentap kepada mereka, siapa aku untuk menegakkan hak aku sebagai sahabat.. Yang termampu hanya menyokong dan berdoa untuk kebahagiaan mereka..
Maafkan aku sahabat. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku sehingga kini.. Kalau diundurkan masa akan ku elakkan diri ini dari bersahabat denganmu kerana aku hanya seorang sahabat yang membebankanmu.. Maafkan aku sahabat..
Selagi diri ini bernyawa, takkan putus doaku buat kalian.. takkan putus ingatan ini kepada pengorbanan kalian.. Terima kasih wahai sahabat.. Terima kasih untuk segalanya.. 


nota kaki: Jika kalian sudah tak menganggap diri ini sebagai sahabat kalian.. aku redha.. Itu yang terbaik mungkin kerana aku hanya menyusahkan hidup kalian.. Jangan risau, aku takkan ada sedikit kemarahan pun kepada kalian kerana aku sedar itu semua terjadi di atas kekhilafan diriku sendiri.. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan kalian...




Ikhlas Dari,   
[MiszNanaBo0]

Wednesday, 4 February 2015

~ Tangisan Kegembiraan ~

Assalamualaikum....

Tangisan gembira pembuka bicara...

Alhamdulillah... satu satu kawan rapat membuka lembaran baru dalam hidup...
Dari fasa solo ke fasa berdua seterusnya ke tiga ...
Jodoh itu rahsia Allah...
Ada yang mudah, ada yang susah, ada yang depan mata, ada juga yang tak masuk dek akal...


Akhir kata...

aku Happy untuk mereka... =)





Nota Kaki: melihat kebahagiaan mereka sudah cukup bagiku.. mungkin tidak dinafikan ada sedikit cemburu dihati kecil ini...



Ikhlas dari,    
[MiszNanaBo0]

Monday, 8 September 2014

~ SongLyric: Everybody's Got Somebody But Me ~





Song: Everybody's Got Somebody But Me by Hunter Hayes (Cover by Sam Tsui)



I wish the couple on the corner would just get a room

Seems like everyone around me's on their honeymoon
I'd love to take a pin to a heart-shaped balloon
Everybody's got somebody but me


Well I don't know how I landed on this movie set

It's like the casting call for 'Romeo and Juliet'
I never would have noticed if we'd never met
But everybody's got somebody but me


And I miss you

Without you, I just don't fit in
I know we're through
But I'm wishin' we could try it again


I hear love songs playin' on the radio
People slow dancin' everywhere I go
Well, I'm a good slow dancer
But you'd never know
'Cause everybody's got somebody but me

And I miss you
Without you, I just don't fit in

I know we're through
But I'm wishing we could try it again


Sittin' here lonely at a table for two

Watchin' lovers bein' lovers
In the corner booth
Seems like even Cupid don't know
What to do
Everybody's got somebody but me


Yeah, I don't know if I'll ever find another you

But everybody's got somebody but me

Sources: MetroLyrics





Nota Kecil: Luahan hati kecilku yang berbicara soal hati dan perasaan.....





Ikhlas dari,    
[MiszNanaBo0]

~ Saat-saat Kemurungan, Maybe?? ~

Sebelum aku mulakan bicara, Assalamualaikum..

Aku sendirian,
Termenung kosong di kamar kecilku,
Sambil ditemani suara-suara yang mendendangkan lagu-lagu cinta,
Namun satu pun tak ku hiraukan,
Malah alunan lagu-lagu itu terus berlalu mengikut urutan masing-masing...

Tiga bulan dah berlalu,
Tapi aku masih seperti dulu,
Tiada apa yang dapat dibanggakan,
Hanya jasad yang masih bernyawa,
Namun hati dan perasaan aku telah dihembus pergi oleh masa dan waktu...

Aku,
Aku lemah,
Aku kalah,
Aku putus asa dengan diriku...
Mereka,
Punya segalanya,
Ada kerjaya,
Ada keluarga,
Ada sinar yang mungkin tidakku gapai...

Ya,
Aku dengki dengan mereka,
Dengan apa yang mereka ada...
Tidak,
Aku bukannya tidak bersyukur,
Tapi aku marah dengan diriku...

Semua orang ada masa kemurungan,
Mungkin ini masa untuk diriku,
Saat untuk aku tunduk dan muhasabah diri,
Apa yang mereka ada dan apa yang aku tiada,
Saat untuk aku mula langkah,
Membuat satu perubahan diri...

Masalahnya...
Mampukah aku untuk melakukannya???????





Nota kecil: 26 tahun membuat aku gusar, gelisah, tak senang duduk memikirkan masa depanku yang jauh ketinggalan berbanding rakan-rakanku yang lain.......


Ikhlas dari,    
[MiszNanaBo0]