Wednesday, 7 May 2014

~ Dunia MiszNanaBo0 ~

Assalamualaikum..

Aku disini hanya sekadar ingin berkongsi tentang isi hatiku sendiri..Tak mahu melibatkan atau dilibatkan dengan sesiapa...Jika ia telah mengguris hati sesetengah pihak maafkan diri ini..Tiada terlintas sedikit pun di hati ini untuk melukakan hati seseorang..Apa yang terlakar terluah tertulis di sini hanyalah sebuah kisah yang berlaku dan hanya berlaku di dalam Dunia Misznanabo0... 





 Ikhlas dari,    
[MiszNanaBo0] 

Wednesday, 5 March 2014

~ Apabila berbicara tentang C.I.N.T.A ~

Assalamualaikum...

Melihat di sekeliling kita pelbagai perkara melibatkan cinta.. Cinta sesama manusia, Cinta kepada Pencipta, Cinta kepada haiwan, Cinta kepada alam sekitar dan Cinta kepada diri sendiri....
walau macammana sekalipun Cinta kepada Penciptaku tetap menjadi Cinta yang satu dan abadi buat selama-lamanya...

Cinta sesama manusia.. antara dua insan.. antara lelaki dan perempuan..
Cinta ini banyak mengajar aku tentang kehidupan.. tak kire pahit mahupun manis ia tetap memberi kesan dalam kehidupan seharianku..

Cinta pertamaku yang mengajarku erti KESETIAAN.. Walaupun terpisah jauh oleh jarak dan keutamaan ku sebagai pelajar asrama, namun kesetiaanku kepadanya tidak pernah berubah.. Setiap kali punya kelapangan masa, dirini akan cube untuk berhubung melalui public phone mahupun surat menyurat... Namun, jarak yang tercipta tetap menjadi punca perbalahan hingga membawa kepada perpisahan.. Perpisahan di atas perasaan yang berubah. Kerana jarak yg tercipta, kesetiaan itu teralih kepada insan yang lebih dekat dengan dirinya. Ku dikejauhan hanya mampu melepaskan.. Jika kesetiaan sudah tiada untuk apa lagi aku menanti penuh harapan.. di situ aku belajar erti kesetiaan. Jika benar dia setia, walau sejauh mana jarak yang tercipta, cintanya takkan pernah sekali berubah untukku. 

Cinta keduaku yang mengajarku erti KEJUJURAN dan KEIKHLASAN... - Perhubungan yang bersambung setelah sekian lama tidak bersua membawa kepada satu hubungan yang lebih mesra. Ekoran dari usikan rakan-rakan, satu hubungan mesra antara sahabat menjadi hubungan mesra sepasang kekasih. Kita kerap berjumpa dan kerap juga berhubung antara satu sama lain. Satu fasa lain yang ku alami selepas cinta pertamaku berakhir. Namun jika kejujuran dan keikhlasan itu tidak ada, mampukah satu hubungan itu berpanjangan. Mendapat satu berita mengenai ketidak jujuran dia membawa aku untuk membuat keputusan supaya kami berpisah. Jika benar dia jujur dan ikhlas padaku, dia tidak akan cube kembali berbaik semula dengan bekas kekasihnya yang merupakan kawan sekolahku juga. Mustahil die tidak tahu kemungkinan yang lambat laun aku juga akan mengetahui berita itu. Dari situ aku belajar erti kejujuran dan keikhlasan yang sebenar. Satu perhubungan yg tercipta tanpa ada sifat kejujuran tidak akan bertahan lama kerana perbohongan itu akan terpapar jua akhirnya. 

Cinta ketigaku mengajar aku tentang MENGHARGAI seseorang... - ya.. kali ini ku tujukan ada diriku sendiri.. Bermula dengan menjadi sahabat baik bertukar kepada satu perhubungan yang lebih serius. Dia mencintaiku dengan mendalam.. hubungan kami baik-baik aja permulaannye.. Namun, sayangnya aku tidak pandai menghargainya. Sampai satu tahap, aku telah melukakan hatinya dengan meminta perpisahan. Walaupun dia cube untuk kembali padaku, namun aku berkeras untuk berpisah. 
Benarlah orang kata,
Kita hanya akan hargai orang itu setelah dia sudah tiada dengan kita...
Itulah yang aku lalui selepas berpisah dengannya.. Dialah satu-satunya lelaki yg mampu buat aku derita selama lebih 6 tahun. Dialah satu-satunya lelaki yg mampu membuat aku menjatuhkan ego ku utk merayu kembali kepadanya.. 6 tahun menanggung sakit kerana kesalahan diri sendiri. Namun apa yang mampu aku lakukan.. Hanya menanti dan terus menanti kepulangannya kepangkuan ku... Di situ aku belajar agar cuba menghargai orang sekelilingku.. orang-orang yang sayangkan ku.. Bila kita menghargai orang lain, orang lain juga akan menghargai diri kita...

Cinta keempatku yang mengajar aku tentang KESABARAN dan KERELAAN... - Setelah 6 tahun mengunci pintu hati untuk insan lain selain cinta ketigaku, akhirnya datang seorang insan yang mampu membuat hatiku goyah dengan penantianku... Semakin lama mengenali dirinya semakin terpikat aku dengan perwatakannya. hubungan pun menjadi lebih mesra. Walaupun tiada kepastian hubungan kami berdua namun hatiku dalam diam mengharapkan inilah cinta terakhirku. 
namun,...
Ku sangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengah hari...
hubungan yang ku harapkan, hambar di akhir cerita. dia yang ku kenali dulu bukan lagi yg ku kenali sekarang. Hubungan itu menjadi semakin hambar dan hambar. Sehingga diri ini tidak mampu untuk menunggu kata pasti darinya. Kesabaran aku dalam menanti jawapan darinya membawa aku kepada satu kerelaan untuk melepaskannya. Penantian itu satu penyeksaan, namun jika dia membuahkan hasil ada baiknya tapi jika masih tiada kepastiaan, tiada gunanye menanti dan terus menanti. Seorang lelaki harus berani membuat keputusan bukan hanya berani memberi seribu alasan.. Pengalaman lalu banyak mengajar aku untuk menghadapinya. Dan kini aku redha dan merelakan jika ini takdir yang harus aku lalui.. Mungkin bukan dia jodoh yang ku cari...


Dan kini cintaku hanya pada yang Satu. kerana ku pasti cinta yang ini cinta yang tiada akhirnya.. Aku kini cube untuk lebih mencintai Yang Maha Esa agar satu hari nanti Dia akan berikan jodoh dan peneman yag baik untukku. Hanya Dia yang tahu apa terbaik untukku.. 






nota kecil: Jangan kesali apa yang telah terjadi. jadikannya satu pengajaran hidup untuk kita lebih kuat tenang dan bersedia mengahdapi hari-hari yang mendatang.....







Ikhlas dari hati,
[MiszNanaBo0]







Sunday, 23 February 2014

~ Nekad... ~

Assalamualaikum sebagai pembuka kata....

Kali ini tiada lagi puisi mahupun kata-kata yang mampu ku uraikan...
Hanya secebis kekuatan untuk merungkaikan segala keraguan...
Hati ini tidak mampu lagi untuk mempertahankannya...
Terlerai sudah segala saki baki cinta yang masih ada...
Aku tetapkan pendirian untuk melupakan segalanya...
Telahku anggap ini semua hanya satu persinggahan semata...
Antara kau dan aku kini hanya tinggal sebagai satu kenangan sahaja...
Terima kasih untuk sebuah memori selama setahun kita rapat bersama...
Setelah segala-galanya ku luahkan kepadamu...
Tiada tindakan lanjutan yang datang dari pihakmu...
Hanya meninggalkan satu tanda tanya tanpa satu kepastian jitu...
Jadi aku mengambil langkah untuk mengundurkan diri...
Kerna aku tak mampu lagi untuk menjadi penunggu setia cinta yang tidak pasti...
Mungkin selama ini hanya aku yang menagih kasihmu...
Hanya aku yang yakin dengan hati dan perasaanku...
Hanya aku yang bersungguh untuk kau dan aku...
Hanya aku yang tak tahu mahupun sedar akan hatimu...
Kini tidak perlu lagi kau berdolak dalih...
Mencari idea mahupun ayat untuk mengelak dariku...
Aku akan pergi dan akhiri segalanya...
Walaupun sebenarnya kau masih diam dari berkata-kata...
Aku dan hatiku telah nekad...
Sampai sini saja perkenalan kita berdua...
Mungkin tiada jodoh antara kita sayang...
Selamat tinggal dariku buat mu...
Terima kasih untuk satu kenangan yang manis tika bersama...
Semoga kita sama-sama akan bahagia disamping insan yang telah ditetapkan oleh-Nya...





nota kecil: tamat sudah sebuah kisah antara kau dan aku... selamat tinggal sayang....






Ikhlas dari hati,
[MiszNanaBo0]

Sunday, 12 January 2014

~ Kepastian Yang Di Nanti ~

Seperti biasa Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.....
Maaf kerana mengabaikan mu seketika kerana kesibukan dunia yang tidak menentu dan meminta perhatian yang lebih....

Bermulalah bicara hari ini.....

Aku kembali bicara di sini,
masih aku dengan kisah hatiku ini,
yang masih tiada pendirian diri,
adakala suka adakala merintih sepi...

Merindui dirimu sudah menjadi rutin hidupku,
walaupun kau tidak pernah mengambil tahu,
mengambil peduli tentang hati dan perasaanku,
yang dulunya kosong kini berisi dengan namamu...

Kadang-kadang aku keliru dengan tingkah lakumu,
yang kadangkala terasa dekat dengan hatiku,
dan kadangkala pula kau seperti menjauh dariku,
adakah aku hanya sekadar satu permainan bagimu...

Aku tahu kau punya sejarah lama,
yang mana cintamu berakhir begitu saja,
sehingga membuatkan dirimu takut untuk mencuba,
mencuba untuk meraih cinta semula...

Aku juga begitu dulu,
kecewa yang membawa aku ke dunia pilu,
hingga mengunci hatiku,
untuk sesiapa saja yang datang dekat padaku...

Tapi ini bukan untuk dijadikan sebagai alasan,
 untuk kita terus diselubungi ketakutan,
kerana setiap manusia memerlukan cinta dalam kehidupan seharian,
dan kita patut cuba untuk keluar dan mengatasi segala dugaan...

Aku belajar mencintai dirimu,
dan kini perasaan itu semakin bercambah dalam hatiku,
tetapi jika dirimu masih berasa ragu,
dan masih takut memberi kepastian pada diriku,
haruskah aku terus menjaga perasaanku ini pada dirimu,
atau aku seharusnya mula belajar untuk berhadapan dengan kehilanganmu...

Aku berdoa pada yang Maha Esa,
Agar terbukalah pintu hatimu untuk menerima,
cinta dariku seadanya,
agar penantianku selama ini bukan sia-sia...

Aku berdoa juga pada-Nya,
jika benar dikaulah orangnya,
dekatkanlah hatiku padamu selamanya,
dalam satu ikatan yang membawa ke syurga...





Nota kecil: Aku kan menanti jawapanmu selagi ku termampu.... 





Ikhlas dari hati,
[MiszNanaBo0]




Tuesday, 3 December 2013

~ Mencintai untuk Dicintai ~

Assalamualaikum pembuka bicara......

Ketika bersendirian ilham datang tanpa dipinta,
mengenang sebuah cerita  kisah kita,
naik dan turun sentiasa ada,
namun kesudahannya masih jauh dari mata...

Mendengar lagu mengusik jiwa,
terkenang dikau yang entah di mana,
apakah nasib kita berdua,
bahagia ataupun berduka...

Hati masih tertanya-tanya,
adakah dia yg ditetapkan oleh-Nya,
namun jawapan masih lagi tiada,
mungkin diri ini perlu lebih lagi berusaha...

Cinta manusia datang dan pergi,
Cinta Illahi kekal abadi,
kemana lagi harusku mencari,
jika iman di hati jarang diisi...

Aku hanya manusia biasa,
yang sentiasa ingin dicinta,
biarlah apa yang dikata,
hanya aku yang merasa...


Mengambil coretan dari sebuah novel cinta melayu tulisan Syamnuriezmil yang bertajuk 'bukan kahwin paksa' yang berbunyi

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah, tapi untuk dicintai dengan orang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali kita mula mencintai untuk dicintai...

Dulu aku selalu menjadi orang yang mencintai tanpa sedikit pun menghargai bila diri ini dicintai.. betulla apa yang dikatakan.. Jika kita tidak mula mencintai untuk dicintai, bagaimana sesebuah cinta itu mampu untuk bertahan.. belajar dari kesilapan dan masih mencuba untuk memperbaiki diri.. Sesuatu perubahan sukar diperoleh dengan masa yang singkat, namun usaha yang berterusan ke arah kebaikan mampu mengubah segalanya... 
Kini aku lebih terbuka dalam menilai tentang cinta.. dan aku mula menghargai nilai dicintai biarpun masih merangkak untuk mencintai si pecinta... 

"yang di kejar tak semestinya yang terbaik untuk kita.. mungkin yang setia menanti itu adalah yang terbaik....jangan menolak tapi cubalah untuk memahami.... " 





Nota kecil:  Aku terima seadanya yang datang dalam hidupku.. jika itu yg ditakdirkan untukku berserta restu oleh ibu dan keluargaku, Dialah orangnya..... 





Ikhlas dari hati,  
[MiszNanaBo0]

Friday, 11 October 2013

~ Pergi Menjauh ~

Assalamualaikum pembuka bicaraku...


Indahnya di taman segarnya terasa,
Bunga mekar mewangi memberi satu rasa,
Alangkah manisnya jika ia berterusan sentiasa,
Memberi keceriaan yang luar biasa...

Namun langit tak selalunya cerah,
Kekadang mendung sehingga basah,
Begitu juga dalam kehidupan manusia kita,
Adakalanya bahagia adakalanya derita...

Dulunya gembira kini tidak lagi,
Dulunya realiti kini tinggal mimpi,
Dulunya bersama kini sendiri,
Dulunya berjanji kini hanya tinggal memori...

Keraguan dihati datang kembali,
Setelah berhari memujuk hati,
Mungkin patut menjauhkan diri,
Atau menghilang dan terus pergi...

Jangan ditanya mengapa terjadi,
Jangan dipersoalkan keputusan ini,
Jangan biarkan berterusan begini,
Jangan nanti memakan diri sendiri...

Suka duka datang silih berganti,
Bagai sudah menjadi sebati,
Ku terima dengan kerelaan hati,
Moga suatu hari ada yang mengerti...



Nota Kecil: Akhirnya aku nekad dengan satu keputusan kerna aku sudah tidak petah lagi menunggu jawapanmu.. Lalu aku redhakan hati menerima segala ketentuan dari-Nya... 






Ikhlas dari hati,
[MiszNanaBo0]

~ Tangisku di Malam Hari ~

Assalamualaikum pembuka bicara....

Dinginnya malam ini disebabkan hujan,
Basahnya pipi ini mengundang seribu pertanyaan...

Pipi yang basah kerna hati yang menangis,
Hati yang menangis kerna jiwa yang terguris...

Aku hilang dalam kesunyian dan kegelapan dunia,
Mencari jalan pulang sebelum aku terus terleka dan terlena...

Aku pasrah dengan ketentuan-Mu,
Jika itulah yang terbaik buatku...





Nota kecil: Biarlah beribu dugaan yang datang... Kau tak pernah jemu mendengar rintihan dan tangisan hamba-Mu ini...




Ikhlas dari hati,
[MiszNanaBo0]